Sahabat yang saaaangat baik hati..

Triffle

Lepas makan nasi goreng nak buat Triffle lar.Memang tiap bulan buat triffle memandangkan anak2 suka sangat makan.Meh saya tunjuk step dan bahan yang nak dibuat.Yang dah expert tengok jer tau.
Bahan yang perlu disediakan adalah:-
1 kotak susu segar 1 ltr
2 senduk gula
4 senduk tepung kastad(kalau nak pekat kuah, tambah tepung lagi)
1 kotak jelly
1 biji kek gulung
1 tin buah campuran

Sket jer bahan nyer..
Mula-mula..chewah..cam terror sangat...
Panaskan susu + gula + tepung kastad = gaul kerap supaya tak berketul.
Sambil-sambil tur,,,
Hiris kek gulung dalam bekas.Kemudian curahkan sket2 jus buah dalam tin supaya kek tu basah.

Kastad yang di masak hendaklah digaul sehingga menjadi likat seperti ini.

Kemudian curahkan atas kek tadi

Masak Jelly sementara tunggu koktel sejuk sket.Ikut arahan kat kotak belakang.

Taburkan buah tin tu dalam koktel yang dah sejuk sket.

Letak Jelly yang dimasak tadi atas puding koktel

Tadaaaa. Dah siap. masuk dlm peti ais tuk sejukkan

No comments:

Post a Comment