Sahabat yang saaaangat baik hati..


Salam buat semua...Pada 27 April lalu saya telah membawa suami pergi buat rawatan ke PPUM atas suspek kuning dan batuk berlarutan.Tapi doktor mengatakan bukan penyakit itu dan akan sembuh bila diberi ubat batuk n antibiotik.Penyakitnya tak beransur pulih!!! malah bertambah teruk hingga pergi semula ke PPUM pada 31 Mei untuk buat rawatan.Siap ambil darah n buat xtray...Doktor kata ada kuman pada hati, itu saja,dan diberi ubat yang sama seperti bulan lepas.Berat badannya turun mendadak dalam masa sebulan 13kilo!!!! Ya Allah apakah penyakit yang dialami oleh suami ku ni?Aku tidak bermaya untuk tindakan seterusnya!!!Bantulah Aku Ya Allah..Sehingga kini suami ku terpaksa ambil cuti sehingga rabu ini.Kalau tak baik juga, terpaksa gagahkan diri untuk bekerja...Kalau tak kerja, dorang akan potong gaji...Sekarang dia sedang terlantar sahaja atas katil...Sedih..pilu....dan macam-macam lagi terbayang di dalam kepala ini.Kurus sangat badannya.Dan....macam bukan dia sebenarnya yang asal saya lihat...
Doakan suami ku akan cepat sembuh dari sagala penyakit....amin...

No comments:

Post a Comment