Sahabat yang saaaangat baik hati..


Hari kedua di hospital.

Salam....
Hari ini Selasa 12 Julai 2011 adalah hari kedua hubby dimasukkan ke hospital.Keadaannya nampak begitu memuaskan..Alhamdulillah...Elok dari semalam.
Semalam, peluh keluar tak henti-henti sehingga baju dan alas bantal asyik bertukar.Hari ini tiada lagi.
Semalam, keluar air najis dia atas tilam sehingga dia tidak menyedarinya..Tetapi hari ini tidak lagi...
Semalam, suhu badan terus turun hingga 34 darjah.Padahal suhu badan manusia yang normal antara 35-37 darjah.(cemas jugak sebab badan dia rasa sejuk semacam padahal berpeluh).Tetapi, hari ini kembali normal 37 darjah yang sebelum ini suhu cecah 40 darjah.
Alhamdulillah dengan berkat doa dan sembahyang hajat dari keluarga, saudara, semua sahabat nyata mahupun di alam maya...Allah telah makbulkan....Alhamdulillah..
Semoga kalian semua dirahmati dan dipelihara oleh Allah swt..amin...

No comments:

Post a Comment