Sahabat yang saaaangat baik hati..


Kembali masuk spital

Tanggal 21 Ogos 2011, hubby dimasukkan semula ke hospital HUKM, kerana dia kerap tak sedarkan diri..Ambulan datang ke rumah kerana keadaannya yang tidak boleh bergerak..Sayu..sedih... tak dapat nak ku gambarkan..Keadaan berlaku semasa orang sedang sibuk menyediakan persiapan hari raya.
Dengan kedengaran ambulan bergegas meninggalkan halaman rumah menuju ke HUKM. YA ALLAH...kau kuatkanlah semangat ku...
Pada malam itu juga doktor memberitahu akan mengeluarkan air tulang belakang kerana tidak dapat tahu apakah sebenar punca penyakit yang dialami,setelah pihak hospital scan kepala hubby.
Saya terus telefon adik hubby sebab dia nurse n adik sedara sy doc pakar untuk mendapat pandangan.Jawapannya memuaskan.Jadi, pengambilan air tulang belakang dilakukan pada pagi keesokan harinya...
Keputusan diumumkan pada hari Selasa. Rupanya KULAT TELAH MEREBAK DI KEPALANYA!!!!!SERIUS!!!!YA ALLAH..Apakah dugaan yang telah kuterima???
Dia telah dimasukkan ubat drip yang paling kuat sekali dari apa yang diterangkan oleh doctor.Tapi kulat yang merebak itu 10 kali ganda kuat dari ubat yang diletakkan.Waduh...
YA ALLAH..KAU SEMBUHKANLAH PENYAKIT YANG DIDERITAI OLEH SUAMI KU.AKU TAK SANGGUP MELIHAT KESAKITAN YANG DITANGGUNGINYA..
Pabila datang anak-anak ku untuk melawat ayahnya..situasi pilu dan sedih telah menyelubungi...
"Ayah..bila ayah nak balik..asyik-asyik ayah kat hospital..Jom lar balik..kitaorang nak beli baju raya.Baju raya kan tak beli lagi...Ayah kata nak beli baju raya...

1 comment:

  1. Assalam Azleen,
    bersabarlah dik, tabahkan hati dan banyakkan doa, mudah-mudahan dengan izin-Nya, suami akan sembh seperti sediakala... amin.

    ReplyDelete