Sahabat yang saaaangat baik hati..


Pendidikan SCORE A



1. Apakah Score A Programme™?
Score A Programme™ adalah satu program interaktif yang komprehensif dan terbukti keberkesanannya untuk membantu para pelajar bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.
2. Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?
Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan kepada para pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, para pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan.
3. Kenapa eReport Card dalam Score- A Programme™ penting?
eReport Card merupakan satu ciri yang MESTI ADA di dalam Score A Programme™. Ini adalah untuk memberi maklumat yang terkini kepada ibu bapa tentang kemajuan akademik anak-anak mereka, dan dengan ini ibu bapa dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan akademik anak-anak mereka sebelum menerima kad laporan sekolah anak-anak mereka. Ini akan membolehkan ibubapa memantau akademik anak-anak mereka dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki prestasi akademik mereka.

Hanya diScore A Programme™ mengandungi ePast Year Exam

ePastYearExam membolehkan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama ialah UPSR , PMR dan SPM berlatih menggunakan kertas soalan tahun-tahun lepas sebenar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Syarikat Edu-2U menerusi gabungan dengan Cerdik Publishing Sdn. Bhd., yang mana syarikat ini telah diberikan hak ekslusif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencetak dan mengedarkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.

Setiap kertas soalan disediakan dalam format yang sama seperti kertas soalan peperiksaan yang sebenar. Disini para pelajar boleh memilih soalan samada menurut “Tahun” ataupun secara ”Rawak” dan haruslah melengkapkan latihan dalam masa yang diperuntukkan. Ciri yang ekslusif dan berharga ini membolehkan pelajar melakukan latihan tanpa had. Justeru membantu dan membiasakan diri untuk bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A didalam peperiksaan yang sebenar.

Fakta- fakta menarik mengenai score A ini...

1. Program Score A adalah satu program pendidikan yang menggunakan sistem internet dan juga sistem mesej ringkas ataupun sms. Program ini melibatkan tiga buah pihak iaitu portal pendidikan berdasarkan sukatan pelajaran Malaysia, pelajar dan juga ibubapa. Daripada segi cara pembelajaran, kaedah yang diterapkan di dalam pembelajaran Score A adalah sistem pembelajaran output.

2. Sistem pembelajaran output bermaksud sistem pembelajaran secara aplikasi iaitu penggunaan ilmu pengetahuan yang didapati daripada sistem pembelajaran input. Sistem pembelajaran input ialah satu sistem penerimaan ilmu seperti di sekolah dan juga pusat tuisyen. Score A boleh difahami dengan lebih mudah apabila dianggap sebagai sistem latih tubi menjawab soalan dengan menggunakan teknologi maklumat sebagai perantaraannya.

3. Segala keputusan akan disemak secara elektronik dan panduan diberikan kepada pelajar agar memahami jawapan yang betul setelah percubaan menjawab soalan dibuat. Program Score A juga telah mula menerapkan pembelajaran input dengan konsep "e-notes" yang amat berguna khususnya kepada pelajar -pelajar yang tidak menghadiri persekolahan di Malaysia contohnya pelajar yang berada di luar negara.

4. Ibubapa pula akan dihubungi dengan sistem SMS agar dikemaskini dengan pencapaian anak -anak secara mudah, cepat dan tepat. Kad laporan disediakan secara elektronik dan ibubapa boleh mengawasi mutu pembelajaran anak -anak mereka dari masa ke semasa dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak -anak tersebut. Setiap soalan yang dijawab dan juga setiap percubaan yang dilakukan akan direkodkan agar dapat memberi gambaran sebenar pembelajaran anak -anak.

5. Pada tahun 2002, Score A telah menlancarkan sistem pembelajarannya di sekolah - sekolah bistari di Malaysia. Sebanyak 14 sekolah-sekolah bistari telah dipilih di seluruh negara untuk menggunakan Score A. Score A telah diberikan secara percuma kepada sekolah - sekolah ini diatas tujuan menguji kerberkesanannya. Projek ini telah mendapat kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan sebagai hasil pulangannya, pihak score A mendapat hak mengumpulkan kertas - kertas soalan peperiksaan daripada sekolah - sekolah ini untuk digunakan di dalam sistemnya.

6. Program Score A juga mendapat hak untuk mengumpul kertas- kertas soalan UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Hasil daripada percubaan sistem ke atas sekolah bistari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 2005, 93 % pelajar - pelajar yang menggunakanya telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR iaitu 100% A.

7. Contoh yang terbaik ialah kejayaan seorang pelajar yang bernama Kok Chin Chung. Pelajar ini adalah merupakan pelajar yang sangat lemah dengan terbuktinya beliau gagal beberapa kertas peperiksaan. Beliau juga menduduki kelompok yang paling bawah ketika di tingkatan satu .Namun begitu, kehadirannya adalah amat cemerlang sekali. Ketika di tingkatan 2, ibubapa beliau telah melanggani program Score A dan beliau menunjukkan kemajuan yang amat memberangsangkan. Semasa di tingkatan 3, beliau sudahpun menjadi pelajar terbaik di dalam kelasnya dan berjaya memperolehi keputusan yang baik didalam peperiksaannya. Hasil daripada usahanya bersama Score A, beliau telah berjaya mendapat 8A di dalam peperiksaan PMR. Kejayaan Kok Chin Chung adalah salah satu bukti keberkesanan program Score A terhadap pelajar-pelajar di Malaysia.

8. Score A telah dipasarkan sejak pelancarannya pada tahun 2002 diperingkat permulaan tetapi secara kecil-kecilan kerana pada masa yang sama Score A juga diperingkat ujian. Akhirnya pada tahun 2006, Score A telah dipasarkan secara meluas setelah mendapat keputusan yang amat cemerlang di dalam tempoh ujikajinya. Pada Mac 2006, Score A telah dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein. Pihak kerajaan telah mengiktiraf Program Score A sebagai salah satu wadah di dalam meningkatkan taraf pendidikan pelajar- pelajar di Malaysia.

Score A Programme™ ialah program Webucation (gabungan website dan education) yang pertama di Malaysia.

Sejarah Penubuhan Score A Programme™


* Dibangunkan oleh Kenshido International Sdn. Bhd. (dulu dikenali sebagai Edu-2u Portal Sdn. Bhd.) pada tahun 1999.

* Pelopor yang terunggul dalam Portal Pendidikan.

* R&D selama 3 tahun. Modal RM4.5 juta bagi mencipta perisian.

* Pada tahun 2002, telah dilancarkan di 14 buah Sekolah Bestari di Malaysia. Diberikan secara percuma untuk di uji kerberkesanannya. Projek ini telah mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

* Hasil daripada percubaan sistem ke atas Sekolah Bestari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 2005, 93% pelajar-pelajar yang menggunakan Score A Programme™ telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR iaitu 100% A.

* Dipasarkan secara berperingkat sejak pelancarannya pada tahun 2002.

* Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dan diiktiraf oleh kerajaan, pada tahun 2006, Score A Programme™ telah dipasarkan secara meluas melalui konsep jaringan pemasaran iaitu MLM (Multi Level Marketing) agar lebih ramai masyarakat dapat menyedari kewujudan produk pembelajaran yang hebat ini di samping memberi peluang ke arah peningkatan ekonomi.

http://www.scorea.com
http://www.kenshido.com

No comments:

Post a Comment